Thursday, June 5, 2008

Projek Usahasama KOPEN & ANGKASAWAN GROUP


Satu perjanjian usahasama "PROJEK PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN" di antara koperasi peneroka sg tengi bhd(KOPEN) bersama angkasawan industri sdn bhd (ANGKASAWAN GROUP) telah ditandatangani pada 4 Jun 2008 bertempat di Kilang Operasi Kopen di Sg Tengi.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Cik Zuraidah Yahaya (Penolong Pengarah SKM Hulu Selangor) selaku wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Turut hadir dalam upacara tersebut ialah Pengurus Felda, Ketua Kampung, Ketua-ketua Blok, wakil daripada Angkasawan Group dan penduduk sekitar.
Pengarah Urusan Syarikat Angkasawan Industri Sdn Bhd, En. Abd Aziz Johari telah mewakili syarikat dalam menandatangani MOU tersebut bersama-sama dengan Pengerusi KOPEN, En. Kamaruddin Selamat mewakili Koperasi Peneroka Sg Tengi Bhd.
Program tersebut juga telah mendapat liputan akhbar "Sinar" keluaran 6 Jun 2008 di halaman 18. Laman tersebut ialah

http://www.sinarharian.com.my/selangor/daerah/index.asp

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat Urusan KOPEN di talian 0360421034 atau lawati laman blog ANGKASAWAN GROUP di

http://angkasawangroup.blogspot.com/

atau e-mail kami di

angkasawangroup@gmail.com (ANGKASAWAN GROUP)
kopenbhd@gmail.com (KOPERASI PENEROKA SG TENGI BERHAD)